Pages

Thursday 19 February 2015

Pendapat akal yang salah

Setelah selesai menerapkan tentang bahagia yang spanjang itu, mengandung bermacam-mcam falsafah dan buah penyelidikan dan pengalaman manusia, dipatrikan oleh semangat agama, sekarang tibalah saatnya kita bicara tentang lawan bahagia iaitu celaka.

Sebab-sebab orang celaka timbul daripada tiga perkara:
  • Pendapat akal yang salah.
  • Rasa benci.
  • Mengundurkan diri.

Pendapat Akal Yang Salah
Kerapkali akal itu salah menghitung apa yang dibseut bahagia, atau salah memilih jalan menuju kepadanya. Ada yang menaksir jalan itu terlalu panjang, atau terlalu pendek. Mereka sangka bahagia yang sejati adalah dengan satu bentuk langkah yang tentu, kalau tidak begitu bahagia tiadakah didapat. Segala halangan dan rintangan di tepuhnya, tidak peduli bahaya apa pun. Tidak bercerai dia dari kesusahan dan kesulitan sejak mulai melangkah. Setelah perjalanan sangat jauh dan tidak dapat pulang lagi, barulah diketahuinya bahawa bahagia yang dikejarnya itu hanyalah bayang-bayang saja, laksana bayang-bayang panas di padang yang kering, disangka musafir yang sangat haus, habawa itu air. Ketika sampai ke tempat itu nyatalah panas jua, tidak berubah dan tempat itu tetap kering. Dia berjalan menuju bahagia padahal bahagia berada di langit, sedang dia di bumi, bahagia ke kanan dan ke kiri. Waktu itulah nyata bahawa umumnya terbuang percuma, dia nafkahkan waktunya terlalu banyak, padahal waktu yang telah lepas tak dapat dikejar lagi. Ketika itu terhenyaklah dia duduk, gelap mata, payah badan, lemah segenap sendi dan anggota. Sekarang yang didapatnya bukan bahagia, tetapi celaka dan kesedihan, menyesal dan putus asa, lebih hebat dari sebelum dia melangkah dahulu.

Kerana tidak ada suatu kesakitan yang lebih dari jatuh tersungkur ketika hampir mencapai kemenangan ketika berpacu lari.

Ada pula yang memilih jalan sesudah berfikir lama, bermurung menimbang-nimbang ke mana jalan yang ditempuh. Dia melangkah dan sudah banyak tonggak pal yang dilaluinya, di tengah perjalanan itu dia tahu bahawa dia telah sesat jalan, bukan ke sana mestiya. Sebab itu dia kembali ke pangkal jalan, diambilnya pula jalan yang lain. Dia pun melangkah. Maka seperti yang pertama, di tengah jalan diketahui pula dia sesat, dia surut ke pangkal jalan, hendak menempuh jalan yang ketiga, dan dalam perjalanan, takaran umur pun habislah, daya upaya tak ada lagi.

Itulah orang yang malang.

Kata orang, kecelakaan itu kini sudah kurang, sebab dunia telah maju, telah banyak didapat sebab-sebab untuk menyenangkan hati. Bertambah sehari, kecelakaan itu akan hilang dengan sendirinya. Dahulu, berpuluh-puluh hari dari Eropah ke Asia, sekarang hanya dalam beberapa waktu saja. Dahulu sebulan dua bulan baru kita terima khabar dari penjuru dunia yang jauh, sekarang hanya dalam masa enam atau tujuh minit. Sebab itu sekarang tak ada celaka; kata mereka.

Alangkah singkatnya penglihatan orang itu! bukankah kemajuan dan pendapat untuk memperapatkan dunia ini masih jauh dari bahagia? Masih perlukan keterangan? Padahal sudah bersuluh matahari, bukan bersuluh batang pisang lagi, bagaimana celaka dunia sejak abad kemajuan ini?

Marilah kita periksa dengan tenang. Bukan main sakit rasanya hidup kita di zaman ini. Ditanam tebu tumbuh tembaru. Dipupuk padi tumbuh lalang. Dikejar bahagia dan kesenangan hati, celaka dan kesusahan yang bertemu. Bertambah banyak kepintaran mausia, bertambah banyak kecelakaan sebagai kata Mutanabbi bahawa celaka orang berakal kerana kemajuan akalnya, sedang orang bodoh celaka kerana kebodohannya.

Ar Razi berkata:

"Kemajuan akal hanya menambah banyak ikatan".

Sebab perkataan AQL itu ertinya katanya ialah ikatan.

Ini adalah was-was.

Ramai orang yang menyingkirkan segala was-was ini. Diperiksanya ke mana sebetulya jalan mencari bahagia dan di mana dia. Dia sudah tahu dan insaf, tetapi perjalanan itu terlalu jauh, sebab itu dia putus asa, dia memutuskan saja sebelum berjalan, bahawa langkah ke sana amat berbahaya, banyak korbannya, sukar sampai ke hujungannya.

Inipun telah bernama celaka, sebelum menempuh bbahagia.

Penyakit-penyakit inilah yang jadi sebab-sebab celaka. Yakni penyakit was-was, putus asa, suara ratap tangis, seakan-akan kekurangan percaya. Mengutuki zaman.

Celaka sama dengan bahagia juga tidak datang dari luar, tetapi datang dari dalam, iaitu dari kesalahan akal menghukum dan kesilapan fikiran menimbang.

Benar kita disuruh berfikir sebelum bekerja, tetapi bukanlah fikiran ini buat melemahkan hati dan menyesatkan jalan.

Inilah salah satu sebab kemunduran. Sebagaimana juga kepercayaan setengah orang kepada takdir. Lemah hatinya, kendur semangatnya, buruk sangkanya kepada Tuhan, sehingga kian lama kian karam.

Timbanglah segala perkara dengan timbangan akal yang betul. Percayalah bahawa kecelakaan itu bukan dari luar diri, tetapi dari dalam. Dengan jalan demikian kecelakaan itu akan terhindar sedikit demi sedikit.



Sumber : http://calipso-tasaufmoden.blogspot.com/2008/09/pendapat-akal-yang-salah.html

0 comments:

Post a Comment